ALIA Sazana memperagakan pingat emas yang dimenanginya. FOTO Rosli Rahmat
ALIA Sazana memperagakan pingat emas yang dimenanginya. FOTO Rosli Rahmat

ALIA Sazana Azahari menamatkan kemarau emas skuad menembak negara apabila menjuarai acara 25m Pistol Individu Wanita di Pusat Menembak Singapura di Jalan Lama Chao Chua Kang, hari ini.

Penembak berusia 23 tahun itu menewaskan wakil tuan rumah, Teh Xiu Hong 7-1. Pingat gangsa dimenangi penembak Vietnam, Thi Le Hoang Ngoc.

Atlet tenpin boling negara, Muhd Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol dan Timmy Tan pula terus cemerlang apabila merangkul pingat emas dalam acara trio lelaki selepas mengumpul 3,701 jatuhan pin. Singapura 3,656 pin dan gangsa milik Indonesia (3653).

Sementara itu, Malaysia meraih pingat gangsa dalam acara menembak 50m pistol individu lelaki selepas Jonathan Wong memungut 165.3 mata.

Pingat emas dibawa pulang atlet Vietnam Hoang Xuan Vinh dengan 190.9 mata manakala Auapinyakul Natphanlert dari Thailand perak (186.0).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2015 @ 4:51 PM