Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM
skrudanspanar@gmail.com


Saya memandu Perodua Myvi dan air baterinya kerap melimpah sehingga terkena bahagian enjin. Ini kerana saya kerap menambah air bateri itu sehingga penuh.

Adakah air bateri akan memberi kesan terhadap enjin saya?

INGIN TAHU, Kuala Lumpur

Air bateri bersifat asid dan menghakiskan logam serta mengaratkan besi. Gunakan air biasa sudah memadai untuk meneutralkan cecair yang terpercik ke bahagian enjin.

Anda harus tahu bahawa air bateri yang dijual untuk digunakan bersifat neutral. Ia menggunakan air suling dan tulen yang tiada bendasing atau bahan mineral lain.

Air paip mengandungi bahan mineral dan klorin, selain tidak boleh digunakan untuk menambah ke dalam bateri. Cecair yang berasid itu akan terpercik keluar dari bateri itu sendiri.

Percikan cecair itu jarang berlaku kecuali anda tidak mengikat bateri dengan ketat sehingga ia keluar dari lubang udara pada penutupnya.

Jika kepala bateri diselaputi benda putih, gunakan air mendidih dan tuangkan sambil menggosok dengan kayu untuk menanggalkannya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 5:01 AM