BATERI selalunya tahan hingga dua atau tiga tahun.
BATERI selalunya tahan hingga dua atau tiga tahun.
Ahmad Salihin Abd Rahim


Saya memandu Naza Citra sejak 10 tahun lalu. Masalah saya berkaitan bateri kerana dalam tempoh dua tahun, saya menggantikannya tiga kali. Apakah punca dan cara mengatasinya?

MIRA, Kedah

Kehilangan kuasa bateri ketika enjin tidak berjalan dan kunci sudah dicabut bermakna ada peralatan yang masih berfungsi serta menyedut kuasa bateri.

Punca lain, ia mungkin kerana ‘alternator’ tidak berfungsi dengan baik untuk mengecas semula bateri ketika kereta bergerak.

Bawa kereta ke bengkel untuk berjumpa juruelektrik yang berpengalaman bagi tujuan pemeriksaan.

Bateri kereta sepatutnya tahan sehingga dua atau tiga tahun, bergantung pada penggunaan kereta.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2016 @ 5:01 AM