Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM
skrudanspanar@gmail.com


Bolehkah bendalir penyejuk diisi penuh ke dalam radiator tanpa dicampur dengan air?

Adakah ia lebih baik kesannya terhadap ketahanan atau sebaliknya?

Mohon ruangan ini memberi penjelasan.

AYAIES, Selangor

Bendalir penyejukan tidak mampu menyerap haba yang cukup bagi menyejukkan enjin sekali gus menyebabkan menjadi terlalu panas.

Air mampu mengeluarkan haba yang cukup daripada enjin untuk mengelakkannya daripada terlalu panas.

Bendalir penyejukan ditambah sebagai perencat karat dan pelincir untuk pam air anda. Bendalir penyejukan juga merendahkan takat beku air dan meningkatkan takat didih.

Ini kerana air mempunyai kapasiti haba tinggi yang bermaksud ia mampu menyerap dan melepaskan haba ke atmosfera melalui radiator anda.

Dinding silinder enjin anda boleh mencapai lebih 100 darjah Celsius yang menyebabkan air mendidih dan ini mengurangkan jumlah haba dikeluarkan.

Air semata-mata pula akan bertindak balas menghasilkan karat dan kekotoran. Campuran sebaik-baiknya adalah dalam kadar 50:50 antara bahan penyejukan dan air.

Walaupun ada bahan penyejukan pracampur, terlalu jarang atau mungkin tiada di Malaysia kerana selalunya ia dijual di negara beriklim sejuk sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2015 @ 5:04 AM