Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Pengawal keselamatan dijatuhi hukuman 14 tahun penjara dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah memiliki 479 gram ganja, dua tahun lalu.

Tertuduh, Che Rosdi Che Din,40, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki dadah berkenaan dihadapan rumah No 49 RPT Bercham Ipoh pada kira-kira jam 3 petang, 24 Julai 2013.

Dia didakwa mengikut seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama yang memperuntukan penjara antara 5 tahun hingga seumur hidup dan minimum 10 sebatan rotan.

Pertududahan asal terhadapnya mengikutSeksyen 39B ADB.

Pesuruhjaya Kehakiman SM Komathy Suppiah memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 24 Julai 2013.

Timbalan Pendakwaraya diwakili oleh Hafizah Zahidah Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Hafiz Jalaludin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2015 @ 3:06 PM