LAILA bersama produk keluaran Blinq Sistarz.
LAILA bersama produk keluaran Blinq Sistarz.

Setiap individu tidak kira wanita mahupun lelaki berkeinginan untuk tampil cantik menawan secara semula jadi tanpa mengambil ubat-ubatan yang tidak diketahui kandungannya.

Pengambilan ubat-ubatan atau makanan tambahan yang tidak diketahui kandungannya bukan saja membahayakan kesihatan malah boleh mendatangkan mudarat kepada kulit terutama kulit wajah.

Justeru, Bling Sistarz memperkenalkan Blinq Beauty Drink, produk kesihatan tiga dalam satu yang pertama di Malaysia menggunakan sumber pemakanan sunah.

Menurut pengasasnya, Laila Khan, minuman terbabit merangkumi tiga aspek utama iaitu bagi mendapatkan kecantikan, kesihatan dan bentuk badan yang ideal.

"Produk ini dibuat daripada campuran pemakanan sunah iaitu kolagen, vitamin C, habbataus sauda, kurma, ekstrak stevia, madu, delima, durian belanda, guarana dan glutathione.

"Dari aspek kecantikan, produk ini membantu menjadikan kulit lebih tegang, cerah sekata seluruh badan, mengurangkan garisan kedut, memudarkan jeragat, mengecilkan pori pada wajah, mengecilkan jerawat seawal tiga hari dan menghilangkan parut jerawat," katanya.

Daripada aspek kesihatan, ia membantu menstabilkan tekanan darah, tidak menggunakan gula, menstabilkan hormon wanita, memberikan tenaga, meningkatkan sistem imunisasi dan merawat ekzema.

"Minuman ini amat bersesuaian untuk penghidap kencing manis dan darah tinggi kerana ia tidak menggunakan gula dan mampu membantu menstabilkan tekanan darah," katanya.

Pada masa sama, ia membantu untuk membentuk badan yang ideal kerana cirinya yang membakar lemak, memerangkap minyak, meningkatkan kadar metabolisme badan, mengekalkan rasa kenyang, rendah karbohidrat dan mengawal nafsu makan.

Pengambilannya juga mudah iaitu hanya satu bungkusan kecil sehari manakala bungkusan itu pula mudah dibawa serta sesuai untuk penghidap diabetes.

Produk ini menggunakan stevia bagi menggantikan gula, kolegan marin laut dalam (ikan salmon) yang juga kolagen berkualiti tinggi untuk penyerapan, durian belanda yang juga antikanser dan boleh diminum ibu yang berpantang dan ketika menyusukan bayi," katanya.

Laila yang mengusahakan jenama Blinq Sistarz sejak Jun 2013 bersama suami, Ahmad Zaki Harman Shah, memperkenalkan produk minuman itu pada harga RM150 sekotak yang mengandungi 30 bungkusan, untuk kegunaan sebulan.

"Produk yang mendapat kelulusan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini juga membantu wanita yang mengalami masalah cyst dan senggugut yang teruk," katanya menambah, minuman itu harus dibancuh dengan air kosong, bukannya air panas.

Selain Blinq Beauty Drink, syarikat terbabit memperkenalkan beberapa keluaran termasuk Blinq Skin Care, Blinq Fabulouz, Blinq Nano Serum, Blinq V-Intimate Wash dan Blinq V-Serum.

Pelbagai tawaran disediakan kepada stokis termasuk kursus, hadiah barangan kemas dan percutian bersama duta produk, Wawa Zainal.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 019-3585558/ 019-3885558 atau layari www.facebook.com/blinqhq.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:01 AM