PRODUK penjagaan wajah berasaskan air yang mudah disapu pada wajah.
PRODUK penjagaan wajah berasaskan air yang mudah disapu pada wajah.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Langkah penjagaan wajah yang banyak kadangkala membuatkan ada sesetengah individu malas melakukannya. Masakan tidak, setiap pagi sebelum bergegas ke tempat kerja, kita perlu membersih, menyegar, melembap dan memakai krim pelindung tabir suria bagi menjaga kecantikan wajah.

Memahami kehendak wanita hari ini yang mahukan rejim penjagaan yang lebih menyeluruh dan pantas, Saidah Ahmad memperkenalkan serum kecantikan, Skinelle.

“Idea untuk memperkenalkan produk ini tercetus selepas mendapati keperluan penjagaan wajah yang mudah dan menggunakan teknologi terkini yang lebih berkesan untuk kulit menjadi pilihan kebanyakan wanita mahupun lelaki yang sibuk dengan tugasan saban hari.

“Malah, ketiadaan produk kecantikan yang meng­gabungkan empat kebaikan dalam satu formula juga membuatkan saya terdetik untuk menghasilkan produk kecantikan sendiri.

“Tanpa berlengah, saya menemui formula yang mudah iaitu menggabungkan empat langkah asas di dalam penjagaan wajah dengan hanya sekali sapuan,” katanya.

Ujarnya, gabungan penyegar, pelembap, serum dan krim perlindungan sinaran matahari (UV) SPF 35+ dalam satu botol memudahkan pengguna bersiap dengan pantas.

Menariknya, serum kecantikan itu boleh digunakan oleh lelaki dan wanita bersama pembersih wajah yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti gluta, paraben atau merkuri.

Produk ini diperbuat daripada teknologi peptida yang menggunakan kolagen ikan jerung sangkar (dipelihara di negara Barat dan bukan daripada spesis yang semakin pupus).

Selain itu, bahan pencerah yang digunakan di dalam serum ini diambil daripada manfaat semula jadi daun bearberry yang juga dikenali sebagai antikanser.

Serum jenis peptida ini popular di Perancis kerana molekulnya sangat halus dan ia berfungsi melancarkan proses penyerapan yang mendalam kepada kulit sekali gus meninggalkan rasa yang lembut serta tidak melekit sepelas sapuan.

Malah, ia juga boleh dijadikan asas sebelum me­ngenakan bedak kompak atau alat solekan. Namun, untuk memastikan kesihatan dan kecantikan kulit, Saidah mencadangkan beberapa amalan yang boleh dilakukan setiap hari.

“Untuk mendapatkan kulit wajah yang mulus dan bersinar, minum air masak secukupnya. Pastikan produk penjagaan wajah yang digunakan tidak mengandungi bahan terlarang atau yang boleh menghakis kulit.

“Selain itu, pastikan setiap hari kita mendapatkan tidur yang mencukupi. Elakkan pengambilan minuman kafein yang berlebihan selain rajin melakukan detoks badan dengan mengamalkan meminum air teh hijau,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 4:53 AM