TENGKU Rolismawati (kanan) bersama Nor Hanita menunjukkan produk Blinq Beauty Drink.
TENGKU Rolismawati (kanan) bersama Nor Hanita menunjukkan produk Blinq Beauty Drink.
Sri Ayu Kartika Amri

Shah Alam: Blinq Sistarz Sdn Bhd, syarikat milik penuh Bumiputera komited menjadi platform dalam membantu melahirkan stokis dan pengedar yang mampu menjana pendapatan sampingan sehingga mencecah enam angka sebulan.

Mengetengahkan produk kesihatan dan kecantikan di bawah jenama Blinq, syarikat itu kini telah berjaya melebarkan sayapnya dengan memiliki rangkaian pengedar dan stokis di seluruh negara.

Stokis Premier Blinq (Johor), Tengku Rolismawati Engku Ismail berkata, beliau mula menjadi pengedar Blinq pada Jun 2013 dan menjana pendapatan sampingan sehingga lima angka sebulan.

“Saya masih bekerja dan menjual produk Blinq secara separuh masa dan syukur sekarang saya telah menjadi Stokis Premier yang membolehkan saya melantik stokis, mini stokis dan ejen, seterusnya meluaskan pemasaran serta membantu orang lain bersama menjana pendapatan seperti saya.

“Sistem syarikat yang mudah, tidak terikat serta bimbingan dan latihan sepenuhnya daripada syarikat mendorong semua peringkat pengedar dan stokis berpeluang mencapai keuntungan,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, produk yang mudah dijual dan berkhasiat menjadi faktor utama mereka mudah menjana pendapatan sampingan yang tinggi.

Beliau berkata, produk yang dikeluarkan syarikat melalui penyelidikan dan pembangunan yang teliti (R&D). Antara yang paling mendapat permintaan ialah Blinq Beauty Drink dan Blinq Foundation (dihasilkan menerusi formula pakar kulit).

Sementara itu, Stokis Blinq (Selangor), Nor Hanita Mohd Shariff berkata, beliau juga masih bekerja dan mengambil keputusan menjadi stokis setelah mencuba terlebih dahulu produk Blinq Beauty Drink yang mengandungi pemakanan sunah dan diekstrak dengan durian belanda.

“Banyak ganjaran yang diberi oleh syarikat kepada pengedar dan stokis yang berjaya membuat jualan tertinggi antaranya emas, percutian dan pelbagai lagi. Malah, pengasasnya juga akan sentiasa berkongsi ilmu pemasaran dan tidak lokek ilmu untuk memastikan kami dapat menjana keuntungan bersama,” katanya.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.blinqsistarz.com atau facebook (BlinqHQ).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 5:03 AM