Superstar Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) menerima anugerah paling berprestij iaitu anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada majlis Anugerah Asian kelima yang diadakan di London, baru-baru ini.

Jelas SRK, dia terima anugerah itu dengan rasa rendah diri.

“Kejayaan saya kerana usaha semua pihak yang selalu membawa filem Bollywood ke persada filem dunia sehingga membuatkan industri filem Bollwood dan saya terkenal di serata dunia,” katanya.

Pada majlis itu, anugerah sama turut diberikan kepada pelbagai individu yang berjaya mengukir nama dalam bidang masing-masing.

Acara penganuerahan yang diasaskan Paul Sagoo itu bukan saja mengiktiraf kejayaan anak seni malah turut diberikan kepada mereka yang berjaya mencipta nama dalam lapangan perniagaan, sukan dan kerja amal.

Antara bintang Bollwood lain yang pernah dapat penganugerahan sama, Irrfan Khan, Anupam Kher dan Yash Chopra.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2015 @ 12:01 PM