Anggota forensik PDRM melakukan siasatan kejadian tembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Reko, Kajang, tengah hari tadi. FOTO Mohd Fadly Samsudin
Anggota forensik PDRM melakukan siasatan kejadian tembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Reko, Kajang, tengah hari tadi. FOTO Mohd Fadly Samsudin
Mohd Fadly Samsudin


Kajang: Seorang lelaki parah selepas terkena enam das tembakan yang dilepaskan seorang daripada dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Jalan Reko, di sini.

Dalam kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa yang menaiki kereta Honda Accord berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.

Menurut sumber, seorang daripada suspek melepaskan enam das tembakan ke arah kereta mangsa.

"Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Kajang," katanya.

Katanya, dua suspek menaiki motosikal jenis Yamaha LC berwarna putih.

"Pihak berkuasa sedang memeriksa CCTV di kawasan berkenaan untuk mengenal pasti dua penyerang terbabit.

"Sehingga kini, saksi bebas yang menyaksikan kejadian itu gagal mengecam nombor pendaftaran motosikal digunakan dua penyerang terbabit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 4:05 PM