DUA anggota polis cedera selepas motosikal ditunggang mereka dilanggar kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Semenyih, Kajang. FOTO Ihsan pembaca
DUA anggota polis cedera selepas motosikal ditunggang mereka dilanggar kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Semenyih, Kajang. FOTO Ihsan pembaca
Nurul Hidayah Bahaudin

DUA anggota polis cedera selepas motosikal ditunggang mereka dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Semenyih, Kajang, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 9.50 pagi.

“Dalam kejadian itu, dua motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ditunggang dua anggota berkenaan sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di lokasi terbabit.

“Kedua-dua motosikal itu kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 20-an yang datang dari arah sama (Kajang),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Sabri berkata, kedua-dua anggota polis berkenaan dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

KEADAAN kereta yang dipandu seorang lelaki melanggar dua motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ditunggang dua anggota polis. FOTO Ihsan pembaca
KEADAAN kereta yang dipandu seorang lelaki melanggar dua motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ditunggang dua anggota polis. FOTO Ihsan pembaca

“Pemandu kereta terbabit pula dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

“Kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan parah dengan seorang daripada mereka dibenarkan pulang manakala seorang lagi masih menerima rawatan di hospital terbabit,” katanya.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap pemandu kereta terbabit didapati negatif dadah.

“Siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 6:10 PM