HAMPIR 85 peratus bahagian bangunan kilang perabot itu dijilat api. FOTO ihsan bomba

Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris

Kuala Lumpur: Kilang perabot berusia lebih 40 tahun musnah dijilat api di Taman Serdang Utama, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 10.20 pagi membabitkan kebakaran bangunan berkeluasan 7,500 meter persegi.

Katanya, hampir 85 peratus bahagian bangunan berkenaan hangus dijilat api, namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

"Api marak dengan cepat dan kami khuatir akan merebak ke kilang berhampiran. Namun hasil bantuan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, Bangi dan Kajang, api berjaya dikawal 10.40 pagi tadi.

"Tiada mangsa tercedera dalam kebakaran itu dan punca masih lagi dalam siasatan lanjut," katanya.15

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 2:06 PM