Keadaan lima pintu rumah berstruktur kayu yang musnah terbakar di i Kampung Rajah, Rawang, petang tadi. - Foto ehsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Keadaan lima pintu rumah berstruktur kayu yang musnah terbakar di i Kampung Rajah, Rawang, petang tadi. - Foto ehsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Oleh Fardy Bungga


Rawang: Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) warga Indonesia rentung selepas rumahnya di Kampung Rajah, berhampiran sebuah kuil di sini, terbakar petang tadi.

Kebakaran kira-kira jam 2 petang itu membabitkan lima pintu rumah berstruktur kayu yang berkeluasan kira-kira 1,400 meter persegi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.11 petang dan mengerahkan dua jentera bersama 14 anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setiba di tempat kejadian, kebakaran sudah memusnahkan lebih 80 peratus lima rumah berkenaan.

"Api berjaya dikawal pada jam 3.10 petang dan mangsa ditemui rentung selepas dipercayai terperangkap di ruang tamu rumahnya," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2015 @ 6:55 PM