STOR musnah terbakar 70 peratus. FOTO ihsan Bomba
STOR musnah terbakar 70 peratus. FOTO ihsan Bomba
Norizuan Shamsuddin


Rawang: Stor simpanan barang kitar semula di kilang di Jalan PPP, Simpang Utara, Batu Arang, di sini, hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran, 5.15 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian pada 5.36 pagi.

Katanya, 23 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang, BBP Rawang dan BBP Sungai Buloh dikerahkan ke lokasi.

"Laporan awal mendapati kebakaran membabitkan tempat penyimpanan barang kitar semula membabitkan struktur terbuka dengan anggaran keluasan 30x30 meter persegi.

"Api dapat dikawal 9.30 pagi tadi dan stor dianggarkan musnah 70 peratus.

"Bagaimanapun, kebakaran tidak membabitkan mangsa dan kerja pemadaman masih diteruskan," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 11:18 AM