FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kajang: Belukar seluas 3.2 hektar di kawasan Bukit Broga, Semenyih, terbakar pada 4.30 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.44 petang.

Menurutnya, dua balai bomba dan penyelamat(BBP) terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran iaitu BBP Semenyih dan Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian membabitkan seorang pegawai dan 11 anggota.

"Operasi memadamkan kebakaran masih sedang giat dijalankan.

"Tiada mangsa terbabit dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Februari 2015 @ 10:04 PM