RUMAH kedai yang terbakar awal pagi tadi.
RUMAH kedai yang terbakar awal pagi tadi.

Kajang: Sebuah rumah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Balak, Batu 13 Kajang, 4.15 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.22 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pihaknya tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian dan mendapati api sedang marak dan rumah kedai itu sudah terbakar 50 peratus.

“Anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Semenyih, BBP Bangi dan BBP Serdang dikerahkan ke lokasi kejadian itu memadamkan kebakaran itu daripada merebak.

“Api dapat dikawal setengah jam kemudian dan tiada mangsa terbabit dalam insiden ini. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 9:14 AM