Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Satu mayat lelaki lengkap berpakaian ditemui mati terapung di lombong berhampiran bulatan Batu Caves, MRR2 menghala ke Kepong, petang tadi.

Mayat mangsa yang dipercayai berusia 30-an itu, ditemui orang awam pada 1.40 petang sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, siasatan awal mendapati mayat mangsa yang ditemui lengkap berpakaian seluar jean dan berbaju hitam tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurutnya, pemeriksaan pada mayat mangsa turut menemui tatu lambang nazi di ibu jari tangan kanan.

"Pemeriksaan luaran fizikal tiada kesan mencurigakan. Mayat dibawa kehospital Selayang untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 7:12 PM