MAYAT lelaki ditemui terapung di dalam lombong. FOTO ihsan Polis
MAYAT lelaki ditemui terapung di dalam lombong. FOTO ihsan Polis
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Mayat lelaki dalam keadaan kembung ditemui terapung di dalam lombong berdekatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, di sini, 9.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya menerima panggilan awam mengenai penemuan mayat terbabit

Katanya, selepas tiba di lokasi mayat terbabit ditemui terapung di dalam lombong dan polis meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan mangsa.

"Siasatan awal dapati mayat telah kembung dan lengkap berpakaian tanpa sebarang pengenalan diri ditemui.

"Pemeriksaan badan mayat dilakukan oleh pihak forensik mendapati tiada kesan tikaman dan tiada kesan luka disebabkan objek tajam serta tiada unsur jenayah.

"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut dan kes dikalsifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2016 @ 12:35 AM