SHAIMA didukung rakannya untuk dikejarkan ke hospital selepas kepalanya ditembak polis Mesir.
SHAIMA didukung rakannya untuk dikejarkan ke hospital selepas kepalanya ditembak polis Mesir.
Agensi

Kaherah: Ketika Shaima al-Sabbagh tiba berhampiran Dataran Tahrir kelmarin, niatnya cuma satu-menyertai rakannya dalam Pakatan Sosialis Popular meletakkan jambangan bunga di lokasi penting ketika rakyat Mesir bangkit menolak rejim Hosni Mubarak lima tahun lalu.

Sambil berjalan ke tempat yang dituju, mereka melaungkan slogan penting dalam kempen berani negara itu menggulingkan kerajaan diktator berkenaan, iaitu menuntut supaya kebajikan rakyat dipertahankan.

Namun tiba-tiba ada senapang meletus dan darah mula mengalir di kepala Shaima.

Menurut sumber, aktivis wanita berasal dari Iskandariah itu menganjur demonstrasi aman menjelang genap empat tahun Arab Springs.

Akibat kecederaan itu, Shaima mengalami kecederaan parah dan akhirnya disahkan meninggal dunia di hospital.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 January 2015 @ 5:07 AM