Lonjakan dalam pendapatan komersil dan penyiaran membolehkan Manchester United berada di tempat kedua di belakang Real Madrid dalam senarai kelab terkaya dunia pada 2013-14, menurut kajian dilakukan oleh Deloitte terhadap pendapatan dalam Liga Wang Bola Sepak.

Biarpun mempamerkan prestasi buruk di atas padang, pendapatan United melonjak kepada ₧518 juta (RM2.64 bilion) berbanding ₧424 juta (RM2.15 bilion) tahun sebelumnya, menunjukkan peningkatan komersil sebanyak 24 peratus dan pendapatan penyiaran sebanyak 34 peratus.

Real menduduki tangga teratas ranking bagi tahun ke-10 berturut-turut, kebetulan dengan rekod kelab La Liga menjulang kejuaraan kali ke-10 takhta Eropah dengan pendapatan ₧550 euro (RM2.80 bilion) berbanding ₧519 juta (RM2.64 bilion) pada tahun sebelumnya.

Juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich berada di tangga ketiga dengan pendapatan ₧488 juta (RM2.48 bilion) diikuti rapat satu lagi kelab gergasi Sepanyol, Barcelona yang gagal memenangi sebarang kejuaraan untuk kali pertama dalam tempoh enam tahun yang meraih pendapatan ₧85 juta (RM2.47 bilion).

Prestasi mantap ditunjukkan oleh United dijangka berterusan berdasarkan penajaan jersi selama tujuh tahun bersama General Motors yang bermula musim ini dan perjanjian selama 10 tahun bersama Adidas bermula 2015-16 bernilai AS$1.14 bilion (RM3.41 bilion).

Kelab terbabit turut menikmati kitaran baru kontrak penyiaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Ketiadaan mereka dalam kejuaraan Eropah musim ini akan dirasai pada Liga Wang tahun depan," kata pengurus kanan agensi perkhidmatan profesional itu, Austin Houlihan.

"Bagaimanapun, jika mereka mampu kembali ke dalam Liga Juara-Juara 2015-16 ada kemungkinan mereka berada pada kedudukan teratas dalam tempoh dua tahun lagi," katanya.

Angka terbaru dikeluarkan Deloitte tidak termasuk yuran perpindahan pemain, VAT dan cukai lain berkaitan jualan menunjukkan penguasan Real disebabkan oleh cara rundingan penyiaran dikendalikan dalam La Liga.

Majoriti liga utama Eropah lain mempunyai sistem rundingan kolektif dan pendapatan yang dikongsi, tetapi kelab Sepanyol sebaliknya bersetuju dengan kontrak secara bersendirian.

Real dan Barca mengambil separuh daripada keuntungan dalam La Liga dengan nilai pendapatan ₧600 juta (RM3 bilion) antara dua kelab terbabit malah dua kelab terbabit juga berkemampuan membeli pemain berkelas tinggi.

Real meraih pendapatan ₧204.2 juta (RM1 bilion) dan Barca ₧182.1 juta (RM) menerusi pendapatan penyiaran sepanjang 2013-14 berbanding ₧162.3 juta (RM928 juta) diperoleh United sementara Bayern meraih pendapatan ₧107.7 juta (RM549 juta).

Pendapatan televisyen Atletico Madrid meningkat 84 peratus kepada ₧6.5 juta (RM492 juta) serta pendapatan ₧50 juta (RM255 juta) daripada UEFA berikutan prestasi cemerlang mara ke final Liga Juara-Juara menyaksikan mereka kecundang kepada Real.

Berada pada kedudukan ke-15 pada musim 2013-14 dengan nilai pendapatan ₧170 juta (RM867 juta) juara La Liga itu juga adalah antara kelab Sepanyol berada dalam kedudukan 20 teratas.

Pendapatan kelab bola sepak sepanjang 2013-14

* Ranking 2012-13 berada dalam kurungan.

1. (1) Real Madrid (Sepanyol) ₧550 juta (RM2.80 bilion)

2. (4) Manchester United (England) ₧518 juta (RM2.64 bilion)

3. (3) Bayern Munich (Jerman) ₧488 juta (RM2.48 bilion)

4. (2) Barcelona (Sepanyol) ₧485 juta (RM2.45 bilion)

5. (5) Paris St Germain (Perancis) ₧474 juta (RM2.41 bilion)

6. (6) Manchester City (England) ₧414 juta (RM2.11 bilion)

7. (7) Chelsea (England) ₧388 juta (RM1.97 bilion)

8. (8) Arsenal (England) ₧359 juta (RM1.83 bilion)

9. (12) Liverpool (England) ₧306 juta (RM1.56 bilion)

10. (9) Juventus (Itali) ₧279 juta(RM1.42 bilion)

11. (11) Borussia Dortmund (Jerman) ₧262 juta (RM1.33 bilion)

12. (10) AC Milan (Itali) ₧250 juta (RM1.27 bilion)

13. (14) Tottenham Hotspur (England) ₧216 juta (RM1.10 bilion)

14. (13) Schalke 04 (Jerman) ₧214 juta (RM1.09 bilion)

15. (20) Atletico Madrid (Sepanyol) ₧170 juta (RM867 juta)

16. (Tidak diperolehi) Napoli (Itali) ₧165 juta (RM8.41 juta)

17. (15) Inter Milan (Itali) ₧164 juta (RM836 juta)

18. (16) Galatasaray (Turki) ₧162 juta (RM826 juta)

19. (Tidak diperolehi) Newcastle United (England) ₧155 juta (RM790 juta)

20. (Tidak diperolehi) Everton (England) ₧144 juta (RM734 juta)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 5:05 AM