MANGSA cedera parah di kepala selepas dipukul anaknya di PPR Desa Rejang,  Setapak Jaya. Gambar kecil,  ANAK mangsa ditahan polis di kediamannya.
MANGSA cedera parah di kepala selepas dipukul anaknya di PPR Desa Rejang, Setapak Jaya. Gambar kecil, ANAK mangsa ditahan polis di kediamannya.
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Anak setan! Itu gelaran sesuai untuk pemuda yang tergamak membelasah bapa kandungnya hingga pengsan menggunakan topi keledar.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, suspek berusia 25 tahun dikatakan memukul berulang kali bapanya berusia 60 tahun di rumah didiami di PPR Desa Rejang, Setapak Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita memaklumkan suaminya pengsan serta cedera di kepala akibat dipukul anak lelaki mereka.

“Berdasarkan maklumat berkenaan, kami mengarahkan sepasukan polis ke sebuah rumah di PPR Desa Rejang, di sini, sebelum mendapati seorang lelaki berlumuran darah di ruang tamu kediaman,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati mangsa terbaring separuh sedar di ruang tamu serta berlumuran darah di bahagian kepala.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2017 @ 6:19 AM