SUSPEK ditahan polis selepas kereta terbabas. FOTO ihsan pembaca
SUSPEK ditahan polis selepas kereta terbabas. FOTO ihsan pembaca
Shamsul Munir Safini


Bukit Mertajam: Tiga lelaki dikehendaki polis kerana memecah peti besi di pasar raya di Butterworth, semalam dicekup polis di Taman Pauh Jaya di sini, hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, kereta suspek terbabas melanggar pokok selepas dikejar sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPDSPU).

Difahamkan, sejurus kejadian semalam, polis mengesan mereka sebelum cuba menahan suspek.

Sumber berkata, suspek enggan bekerjasama sebelum cuba melarikan diri namun terbabas dan melanggar pokok.

Katanya, kesemua mereka kemudian ditahan dan dibawa ke IPDSPU bagi tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2017 @ 9:24 PM