KENDERAAN di Jalan Gua Musang-Lojing mengharungi lumpur yang turun dari bukit. FOTO Ramli Ibarhim
KENDERAAN di Jalan Gua Musang-Lojing mengharungi lumpur yang turun dari bukit. FOTO Ramli Ibarhim
BERNAMA

Gua Musang: Jalan Gua Musang-Lojing di Kampung Jedip yang ditutup berikutan kejadian banjir lumpur semalam, kembali dibuka kepada semua kenderaan.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin berkata, kejadian banjir lumpur sepanjang 70 meter di laluan itu adalah berikutan kegiatan pembukaan tanah di kawasan bukit berhampiran.

"Setakat 11 pagi tadi, kerja pembersihan masih dijalankan," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Pos Brooke, Kamal Rami berkata, kejadian banjir lumpur itu adalah kali ketiga berlaku di jalan tersebut sejak Januari lalu.

Beliau berkata, banjir lumpur itu berpunca dari bukit berhampiran Kampung Jedip yang digondolkan oleh pengusaha kebun sayur sejak setahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2017 @ 2:26 PM