DERETAN bangunan lama di pekan Kuala Kubu Bharu mempunyai nostalgia tersendiri.
DERETAN bangunan lama di pekan Kuala Kubu Bharu mempunyai nostalgia tersendiri.
Oleh Md Fuzi Abd Lateh


Panorama indah cukup mendamaikan saat berkunjung ke Kuala Kubu Bharu di Hulu Sela­ngor.

Penulis sempat meneroka lokasi dan destinasi menarik kawasan terbabit sempena penganjuran sirkit Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2014 akhir di Taman Millenium berdekatan pekan Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.

Keseronokan lebih terasa kerana berpeluang memandu kenderaan Honda CRV 2.4 yang hebat.

Nostalgia zaman retro menggamit rasa ketika bergambar bersama rakan di tepian bangunan lama rumah kedai berderetan kiri dan kanan pekan ini.

Kunjungan ke Galeri Kuala Kubu Bharu amat mempesonakan kerana pengunjung dapat melihat sendiri beberapa ukiran kraftangan unik yang dipamerkan.

Keindahan bukit-bukau hijau mata memandang tidak lengkap sekiranya tidak melawat kompleks Darul Quran di Ampang Pecah di situ.

Galeri mural tangan antara tempat yang wajib diku­njungi di pekan itu kerana banyak hasil mural bagaikan 'hidup' yang merakam gambar di kawasan luas ini.

Lokasi galeri ini terletak 200 meter dari Ibu Pejabat Kontinjen Daerah Hulu Selangor.

Empangan Sungai Sela­ngor juga antara lokasi popular di Kuala Kubu Bharu dan memandu menggunakan Jalan Bukit Fraser cukup menarik ketika melewati kawasan perkampung Orang Asli Pertak dan Gerachi.

Kita dapat menyaksikan sendiri keluasan empangan buatan yang membekalkan sumber air bersih kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur.

Sebelum bertolak pulang, jangan lupa menjamu selera di gerai makanan tempatan di Dataran Kuala Kubu Bharu. Antara yang popular ialah asam pedas dengan nasi panas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 5:01 AM