Peranti Gear VR
Peranti Gear VR
Kamera Gear 360
Kamera Gear 360
Telefon pintar baru Galaxy S8 dan S8+
Telefon pintar baru Galaxy S8 dan S8+
Afiq Hanif


Kuala Lumpur: Samsung melancarkan empat produk baru hari ini iaitu dua telefon pintar, kamera 360 dan peranti VR.

Paling mencuri tumpuan pastinya telefon pintar baru Galaxy S8 dan S8+, masing-masing mempunyai skrin 5.8 inci dan 6.2 inci dengan paparan besar 18.5:9 disebut sebagai Infinity Display memaparkan kandungan 36 peratus berbanding paparan konvensional 16:9 sebelum ini.

S8 dan S8+ beroperasi menggunakan pemprosesan octa core 2.3GHz Quad + 1.7GHz Quad, 64 bit dan 10nm yang juga cip ternipis di dunia di samping RAM 4GB jenis LPDDR4.

Menggunakan storan 64GB dengan keupayaan slot kad microSD sehingga 256GB, S8 dan S8+ mempunyai kamera Dual Pixel 12MP OIS (f1.7) dan kamera depan 8MP AF (f1.7).

Samsung Galaxy S8 mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh dan S8+ datang bersama bateri 3500mAh. Lima warna baru diperkenalkan termasuk hitam, kelabu, biru, perak dan emas.

Buat pertama kali, Samsung memperkenalkan ciri kecerdasan pintar (AI) melalui Bixby yang mana

terdapat butang Bixby membolehkan anda mengakses dan navigasi pelbagai perkhidmatan dan aplikasi dengan arahan suara, sentuh dan teks.

Samsung turut melancarkan kamera Gear 360 baru dengan rakaman video 4K dan keupayaan membuat siaran langsung lebih pantas.

Gear 360 datang dengan sensor imej 8.4 megapiksel dan lensa jenis Bright f2.2 untuk 'fisheye'. Buat pertama kali juga, ia boleh dipadankan dengan dengan peranti iOS seperti iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone SE.

Sementara itu, Gear 360kali ini datang dengan alat kawalan untuk memudahkan pengguna bermain game dan akses kepada kandungan.

Berbentuk bulat, ia mempunyai pad sentuh dengan butang suara yang mudah digenggam di tangan.

Semua produk bakal memasuki pasaran pada 21 April nanti dan Malaysia antara penerima pertama model terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2017 @ 11:50 PM