ABDUL Rahman (tiga dari kanan) pada majlis pemeteraian kerjasama dengan NCIA yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
ABDUL Rahman (tiga dari kanan) pada majlis pemeteraian kerjasama dengan NCIA yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kuala Lumpur: CIMB Bank Berhad and CIMB Islamic Bank Berhad menjalin kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di mana kadar faedah atau rebat keuntungan disediakan bagi menyokong pemulihan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika pandemik.

Di bawah Skim Usahawan NCIA - CIMB (NCES) ini, PKS yang layak akan layak mendapat rebat sebanyak 50 peratus daripada jumlah faedah/keuntungan untuk permohonan Pembiayaan CIMB SME Quick Biz.

Inisiatif ini akan menyokong sasaran NCIA untuk mencapai sekurang-kurangnya 1,000 PKS dan Mikro PKS dalam baki tempoh Rancangan Malaysia Ke-12, iaitu 2022-2025.

NCIA adalah badan berkanun yang bertanggungjawab merangsang pertumbuhan ekonomi di Wilayah Ekonomi Koridor Utara meliputi empat negeri di utara Semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, kerjasama dengan NCIA adalah antara pelbagai inisiatif CIMB untuk mempercepat pemulihan, pertumbuhan dan kemajuan PKS.

"Usaha-usaha ini menunjukkan cita-cita Forward 23+ kami untuk menjadi 'Organisasi Yang Didorong Tujuan,'" katanya.

Abdul Rahman berkata, sokongan CIMB terhadap sektor PKS termasuk program pementoran dan berdaya tahan seperti CIMB MicroBizReady, melengkapkan perniagaan B40 dengan medium untuk berkembang maju bukan sahaja ketika Covid-19 pada masa ini, malah, untuk jangka panjang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Februari 2022 @ 7:01 AM