THE Dancing House menjadi satu bangunan kontroversi pada awal pembinaannya.
THE Dancing House menjadi satu bangunan kontroversi pada awal pembinaannya.
Susunan Aniza Zainudin

Lima seni bina berinspirasikan muzikyang terkenal diseluruh dunia.

1. The Dancing House, Prague

Terletak berdekatan Sungai Vitava, Prague, The Dancing House mempunyai reka bentuk moden yang diilhamkan arkitek Vlado Milunic dan Frank Gehry yang dibina pada 1992 hingga 1996.

Rekaan seni bina ‘tidak tradisional’ ini mengundang kontroversi kerana ia dilihat bertentangan dengan struktur bangunan popular di sekitarnya termasuk The Baroque, Gothic dan Art Nouveau.

Idea seni bina ini dikenali sebagai ‘deconstructivist’ atau ‘baroque’ (gaya kesenian) baru kepada pereka kerana struktur binaan bagaikan menari.

Bentuk ‘menari’ ini disokong 99 panel konkrit berlainan bentuk dan dimensi.

Asalnya, bangunan unik ini dinamakan Fred and Ginger sempena pasangan tarian duo legenda filem, ‘Flying Down to Rio,’ Fred Astaire dan Ginger Rogers.

2. The Music Box Village, New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat

Dicipta dan dibina sebuah badan organisasi seni bukan berasaskan keuntungan iaitu New Orleans Airlift sebagai projek seni masyarakat berskala besar. The Music Box Village diilhamkan daripada kombinasi budaya muzik dan seni bina yang menjadi identiti New Orleans.

THE Music Box Village cetusan budaya muzik dalam masyarakat setempat.
THE Music Box Village cetusan budaya muzik dalam masyarakat setempat.

3. Dresden’s Musical Wall, Dresden, Jerman

Tarikan di kawasan kejiranan Neustadt Kunsthofpassage, Dresden, Jerman ini terletak pada dinding bangunan biru yang menempatkan sistem saluran berwarna-warni.

Lebih mengagumkan, setiap kali hujan, airnya dialirkan melalui sistem saliran yang diinspirasikan daripada mesin Rube Goldberg hingga terhasilnya melodi muzik indah.

Eksperasi seni Dresden’s Musical Wall ini dicipta tiga artis termasuk Christoph Rossner, Annette Paul dan Andre Tempel.

ALUNAN muzik bersiulan apabila hujan di Dresden’s Musical Wall.
ALUNAN muzik bersiulan apabila hujan di Dresden’s Musical Wall.

4. The Piano Building, Huainan, Anhui, China

Reka bentuk The Piano Building dibina dengan skala 50:1 piano besar dan biola menggunakan kaca hitam serta lutsinar.

Seni bina hebat ini dibina pada 2007, dihasilkan pelajar seni bina Hefei University of Technology dengan kerjasama Huainan Fangkai Decoration Project untuk mempromosikan sektor pelancongan di bandar berkenaan.

THE Piano Building memiliki binaan berskala 50:1.
THE Piano Building memiliki binaan berskala 50:1.

5. Daeyang Gallery and House, Seoul, Korea Selatan

Galeri dan kediaman ini terletak di kawasan kejiranan Kangbuk, Seoul yang memiliki keluasan 10,703 kaki persegi.

Rekaan Daeyang Gallery and House ini diilhamkan daripada lakaran skor muzik komposer berasal dari Hungary, Istvan Anhalt, ‘Symphony of Modules’ dihasilkan pada 1967.

Istimewanya, binaan ini mempunyai tiga pavilion yang berfungsi sebagai pintu masuk, ruang acara dan kediaman. Tiga pavilion ini dipisahkan dengan kolam berkaca. Sementara ruang bawah pula bersambung dan berfungsi sebagai galeri.

DAEYANG Gallery and House inspirasi skor muzik ‘Symphony of Modules’.
DAEYANG Gallery and House inspirasi skor muzik ‘Symphony of Modules’.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Disember 2017 @ 12:01 AM