Antara lokasi di pekan Masjid Tanah yang dinaiki air. FOTO Hassan Omar
Antara lokasi di pekan Masjid Tanah yang dinaiki air. FOTO Hassan Omar
Hassan Omar


Alor Gajah: Beberapa lokasi di pekan Masjid Tanah dinaiki air setinggi 0.1 meter sejak 10.45 pagi tadi.

Hujan lebat sejak jam 7 pagi menyebabkan air di beberapa parit besar dan Sungai Baru melimpah ke tebing menyebabkan banjir kilat.

Bagaimanapun tiada kedai yang dinaiki air setakat jam 11 pagi ini.

Peniaga, Tan Ah Lok, 50, berkata, keadaan banjir kilat pagi ini agak luar biasa berbanding sebelum ini.

Beberapa anggota polis dan pegawai Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dilihat mengawal lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 12:52 PM