KEADAAN banjir kilat sekitar Parit Buntar. FOTO Ihsan Pembaca.
KEADAAN banjir kilat sekitar Parit Buntar. FOTO Ihsan Pembaca.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


HUJAN lebat selama beberapa jam sekitar pekan Parit Buntar, malam tadi mengakibatkan 100 rumah dan 50 premis perniagaan dilanda banjir kilat.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Kerian berkata, kawasan terjejas mula dinaiki air pada 8.20 malam.

“Air naik hingga 0.3 meter di kawasan terjejas seperti Taman Seri Wangsa, Taman Semarak, Taman Wawasan, Pusat Bandar Parit Buntar dan Pejabat Kawasan JPS Simpang 3.

“Selain hujan lebat limpahan air parit yang tidak dapat mengalir ke sungai menyebabkan banjir kilat berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain kejadian banjir kilat, beberapa rumah di Batu 10 Tanjung Piandang, turut terjejas akibat dilanda ribut awal pagi tadi, namun jumlah kediaman yang terbabit bencana itu masih belum dapat dipastikan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2019 @ 12:57 PM