Aksi Ibrahim semasa melakukan ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu menggunakan buluh sebagai teropong kononnya supaya mayat Kim Jong-nam dihantar pulang. FOTO Yazit Razali
Aksi Ibrahim semasa melakukan ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu menggunakan buluh sebagai teropong kononnya supaya mayat Kim Jong-nam dihantar pulang. FOTO Yazit Razali
Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang ritual dijalankan oleh Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai Raja Bomoh.

Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Othman Mustapha berkata, berdasarkan beberapa rakaman video ritual yang sedang tersebar, pihaknya sudah mengambil inisiatif memanggilnya bagi memberikan penjelasan pada hari ini, namun individu terbabit tidak hadir.

“Beberapa negeri sudah memutuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri iaitu upacara dan amalan perbomohan dilakukan oleh Ibrahim yang menggunakan objek tertentu adalah berlawanan dengan hukum syarak dan haram.

“Selain itu, kajian oleh Panel Pakar Akidah JAKIM juga mendapati, aktiviti perbomohan Ibrahim adalah bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur syirik dan khurafat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menerusi video yang disebarkan kira-kira seminggu lalu, dikatakan Ibrahim 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Susulan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, polis menjejaki bomoh terbabit kerana disifatkan merosakkan imej Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2017 @ 8:32 PM