PELAKSANAAN laluan trafik sehala selama sebulan di dua lokasi di Brinchang. FOTO ihsan Polis
PELAKSANAAN laluan trafik sehala selama sebulan di dua lokasi di Brinchang. FOTO ihsan Polis
Mohd Hafizee Mohd Arop


Cameron Highlands: Pelaksanaan laluan sehala selama sebulan akan dilaksanakan di dua lokasi di Brinchang bermula Jumaat ini sehingga 16 April.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, dua lokasi itu ialah di kilometer (km) 64 di hadapan Hotel Iris menghala ke Brinchang dan di km 65 berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands menghala ke Tanah Rata.

"Polis memohon kerjasama semua pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan dan papan tanda lalu lintas disediakan.

"Pengguna juga diingatkan tidak melakukan halangan lalu lintas dengan meletakkan kenderaan di kawasan larangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hadadid berkata, semua pengguna jalan raya juga diminta mematuhi arahan pegawai penguatkuasa yang bertugas di laluan berkenaan bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mac 2017 @ 4:34 PM