Antara kereta yang rosak akibat banjir kilat di Jalan Kolam Air, Brinchang. - Foto Ihsan PDRM
Antara kereta yang rosak akibat banjir kilat di Jalan Kolam Air, Brinchang. - Foto Ihsan PDRM
Jambatan Sungai Ulu Telom yang ruuntuh. - Gambar Ihsan Polis
Jambatan Sungai Ulu Telom yang ruuntuh. - Gambar Ihsan Polis
Mohd Hafizee Mohd Arop


Cameron Highlands: Banjir kilat akibat hujan lebat awal pagi tadi menyebabkan jambatan merentangi Sungai Ulu Telom, Cameron Highlands, runtuh serta merosakkan tiga kereta dan tiga motosikal.

Jambatan runtuh itu menyebabkan laluan utama ke perkampungan Orang Asli Pos Terisu terputus.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Zainal Abidin Othman berkata, hujan lebat selama kira-kira sejam bermula jam 2 pagi itu menyebabkan tiga kereta dan tiga motosikal rosak ditenggelami banjir di Jalan Kolam Air, Brinchang, di sini.

"Lokasi kejadian jambatan runtuh adalah laluan arus dua anak sungai iaitu Sungai Tringkap dan Sungai KualaTerla yang bertembung masuk ke sungai utama, Sungai Ulu Telom,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2016 @ 9:03 PM