KHAI sentiasa jaga tingkah laku, masih keluar lepak dengan rakan.
KHAI sentiasa jaga tingkah laku, masih keluar lepak dengan rakan.
Sudirman Mohd Tahir

Sepanjang tahun lalu nama penyanyi Khai Bahar antara yang mencuri tumpuan ramai.

Kemunculan pemilik nama sebenar Muhamad Khairul Baharudin, 23, mulai tular di laman sosial selepas menyanyikan beberapa lagu saduran di aplikasi Smule.

Sejak itu nama Khai popular dalam sekelip mata sehingga menjadi kegilaan remaja.

Malah, beberapa akaun kelab peminat yang menggunakan nama Khai diwujudkan di laman sosial Instagram.

“Sejujurnya saya terkejut dengan sambutan peminat. Jika sebelum ini saya hanya ada pengikut di aplikasi Smule, kini suasana sudah berbeza. Setiap kali saya diundang menjayakan persembahan di mana sahaja, peminat pasti hadir memberi sokongan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2017 @ 5:21 AM