Sudirman Mohd Tahir


Penyanyi sensasi YouTube ini berjaya mencipta populariti dengan sekelip mata. Berbekalkan rakaman lagu Sudah Ku Tahu menerusi aplikasi Smule, nama Khai Bahar semakin menjadi kegilaan ramai.

Tidak keterlaluan jika dikatakan vokal lantang kemelayuan yang dimiliki Khai Bahar atau nama sebenarnya Mohd Khairul Baharuddin, 22, begitu memukau pencinta muzik di rantau ini.

Kebanyakan yang menggilainya terdiri daripada remaja terutama gadis. Bukan sahaja di Malaysia, fenomena Khai Bahar turut merebak ke negara tetangga iaitu Singapura dan Indonesia.

Namun dalam pada dia mula menikmati erti glamor, nama Khai terpalit dengan beberapa cerita kurang enak. Paling kerap dikaitkan dengannya adalah sikap dinginnya terhadap orang di sekeliling. Biarpun usia pembabitannya sebagai penyanyi masih hijau atau lebih tepat belum setahun, Khai Bahar sudah beberapa kali ditegur ekoran tindakannya yang dikatakan sombong kerana tidak mahu menegur serta bersalaman dengan artis senior.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2016 @ 6:02 AM
KHAI Bahar. FOTO Blackpepper Production
KHAI Bahar. FOTO Blackpepper Production