HADID
HADID
RIVERSIDE Museum
RIVERSIDE Museum
VITRA Fire Station
VITRA Fire Station
LONDON Aquatics Centre
LONDON Aquatics Centre
HEYDAR Aliyev Cultural Center
HEYDAR Aliyev Cultural Center
GALAXY Soho, Beijing
GALAXY Soho, Beijing
Susunan Hartini Mohd Nawi


Idea futuristiknya dalam setiap rekaan bangunan di peringkat global sentiasa menarik perhatian.

Namun kematian Zaha Hadid pada April tahun lalu di usia 65 tahun nyata satu kehilangan besar dalam bidang seni bina dunia.

Dilahirkan di Baghdad, Iraq beliau dikatakan belajar di sekolah berasrama di England dan Switzerland sebelum mengikuti pengajian Matematik di University of Beirut, Amerika Syarikat.

Kemudian beliau beralih kepada seni bina di London dalam 1970-an dan menubuhkan syarikatnya sendiri pada 1979. Antara bangunan terbaik rekaan Hadid:

Vitra fire station, Weil am Rhein, Jerman (1994)

Ia antara projek Hadid dengan idea binaan kompleks condong dan organik.

Phaeno science centre, Wolfsburg, Jerman (2005)

Hadid pernah berkata, pusat sains ini membabitkan kerja rumit dan mengambil masa yang panjang.

Malah ada pengkritik yang menyifatkan bangunan itu sebagai menakjubkan dan ada bagaikan mengalami kuasa ‘opera’ ruang sebaik berada di situ.

Bridge Pavilion, Zaragoza, Sepanyol (2008)

Jambatan ini adalah yang pertama direka Hadid dengan 280 meter gentian kata bertetulang konkrit.

Guangzhou opera house, Guangzhou, China (2010)

Dianggap antara rumah opera yang paling menarik pernah dibina.

Berbentuk bongkak, struktur kacanya pula membenarkan cahaya matahari masuk sepenuhnya ke dalam ruang.

Sheikh Zayed Bridge, Abu Dhabi (2010)

Sekali pandang ia bagaikan jambatan gantung berketinggian 842 meter di kaki langit.

Suasana malam juga lebih menarik apabila dilimpahi cahaya lampu unik.

Riverside museum, Glasgow, United Kingdom (2011)

Ia antara bangunan utama pertama rekaan Hadid di Britain yang digelar ‘Glasgow Guggenheim’ dan pemenang anugerah ‘2013 European museum of the year.’

Dalam rekaan bumbung ‘zigzag,’ bahagian kaca depan berketinggian 36 meter menghadap sungai Clyde.

Struktur keluli berbingkai, dibina di atas tapak kapal lama, menawarkan 7,000 meter persegi untuk ruang pameran.

London aquatics centre, Stratford (2012)

Asalnya dibina untuk Sukan Olimpik 2012. Bumbungnya bergantung kepada tiga konkrit sokongan dengan rekaan tingkap besar untuk pencahayaan terus ke dalam ruang.

Heydar Aliyev cultural center, Baku, Azerbaijan (2012)

Binaan kompleks 619,000 kaki persegi ini pernah memenangi anugerah ‘London Design Museum award 2014.’

Galaxy Soho, Beijing, China (2012)

Terdiri daripada empat struktur kubah, sekali gus mencerminkan seni bina tradisional Cina walaupun ada kumpulan warisan tempatan yang mengkritik binaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2017 @ 3:01 AM