PENDUDUK Kampung Nyatoh mula berpindah selepas rumah mereka dinaiki air awal pagi ini. FOTO Ghazali Kori
PENDUDUK Kampung Nyatoh mula berpindah selepas rumah mereka dinaiki air awal pagi ini. FOTO Ghazali Kori
Isma Ismail


Kuala Terengganu: Mangsa banjir di Terengganu kini sudah seramai 2,358 orang daripada 666 keluarga di 60 pusat pemindahan di empat daerah pada tengah hari ini.

Selepas pusat pemindahan di Besut dan Setiu mula beroperasi sejak semalam, pusat pemindahan di Hulu Terengganu dan Kemaman turut dibuka kepada mangsa banjir sejak pagi tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sebanyak lima pusat pemindahan dibuka di Hulu Terengganu membabitkan 222 mangsa daripada 63 keluarga.

Di Kemaman pula, seramai 33 orang daripada 12 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindaan sejak pagi tadi.

Jumlah mangsa dipindahkan di Besut terus meningkat kepada 1,294 orang daripada 374 keluarga di 33 pusat pemindahan berbanding

seramai 1,098 mangsa daripada 322 keluarga di 25 pusat pemindahan pada 8 pagi tadi.

Mangsa banjir di Setiu juga meningkat kepada 809 orang daripada 217 keluarga di 20 pusat pemindahan pada tengah hari ini berbanding 334 mangsa daripada 68 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 1:28 PM