ANGGOTA SWAT SFC meletakkan mata kail yang dipasang umpan bangkai ayam untuk menangkap buaya di sungai Samarahan.
ANGGOTA SWAT SFC meletakkan mata kail yang dipasang umpan bangkai ayam untuk menangkap buaya di sungai Samarahan.
PENDUDUK menunjukkan buaya yang ditangkap di Sungai Nakat.
PENDUDUK menunjukkan buaya yang ditangkap di Sungai Nakat.
Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail


Kuching: Sifatnya sebagai pemangsa menyebabkan reptilia ini digeruni kerana libasannya mampu menewaskan haiwan sebesar kerbau.

Kajian dijalankan Sarawak Forestry Corporation (SFC) sejak 2012 hingga 2014 mendapati tidak kurang 13,500 buaya katak atau nama saintifiknya Crocodylus Porosus mendiami 22 sungai di negeri ini dengan kepadatan populasi tertinggi di Sungai Similajau di Bintulu, Sungai Saribas dan Sungai Samarahan, Samarahan.

Dianggarkan, nisbah 5.74 ekor buaya mendiami setiap kilometer di Sungai Similajau, diikuti 2.25 ekor buaya setiap kilometer di Sungai Saribas dan 2.17 ekor buaya bagi Sungai Samarahan.

Kepadatan populasi buaya di sungai menyebabkan wujudnya konflik antara sang bedal itu dengan manusia. Serangan demi serangan reptilia ini lazimnya berakhir dengan kematian.

Bagi mengatasi masalah ini, SFC mengkategorikan 19 lokasi di sungai negeri ini sebagai Zon Nyah Buaya sejak tahun lalu lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 6:54 AM