Pontianak: Pangkalan Udara (Lanud) Supadio menubuhkan pusat pemantauan operasi bagi membantu pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang pagi semalam.
Komandan Pangkalan Udara Kolonel (P) Tedi Rizalihadi berkata, pihaknya sudah berhubung dengan pelbagai termasuk Badan SAR Nasional Republik Indonesia (BASARNAS) Pontianak, Polis Daerah Kalimantan Barat (POLDAR KALBAR) serta Pejabat Cabang Angkasa Pura II Bandara Supadio untuk membantu mencari pesawat itu.
"Kami sudah berhubung dengan pihak berkaitan untuk mengumpul maklumat yang dapat membantu mencari pesawat AirAsia berdasarkan laporan kehilangan antara perairan Kalimantan Barat dan Bangka Belitung," katanya.