Pemenang, juri dan penganjur bergambar kenangan. FOTO MUHD ASYRAF SAWAL
Pemenang, juri dan penganjur bergambar kenangan. FOTO MUHD ASYRAF SAWAL
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Kumpulan The Radioface diumumkan sebagai juara pertandingan Battle of the Bands #JanjiRock yang berlangsung malam tadi di ruang legar Balai Berita NSTP, Bangsar

Kumpulan yang dianggotai Nik Shazrul Ezwan Arif, 29, selaku vokalis, Adam Sulaiman Abdul Rahman, 26 (gitaris), Shafique Sharif, 30 (vokalis), Mohamad Nurulnaim Mohamed Sapuan,31 (bassis), Muhammad Fitri Mohd Nazari, 26 (pemain dram) dan Muhd Farid Kamrahuddin, 27 (pemain keyboard) itu menyampaikan dia lagu iaitu Patahnya Sayap Malam dan Biso Bonar, sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000.

Tempat kedua dimenangi oleh Media Empire dan berjaya membawa pulang wang tunai RM1,500 manakala Malam Satu Suro berada di tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Pertandingan anjuran Jabatan Sumber Manusia Kumpulan Media Prima Berhad dan Kelab Sukan Kumpulan NSTP itu diadili juri jemputan yang terdiri daripada penerbit dan pengarah, Mamat Khalid dan gitaris Wings, Joe.

Turut menghangatkan pentas Battle of the Bands #JanjiRock adalah Drama Band yang tampil mempersembahkan lagu Babak Pertama, Biarkanlah dan It's My Life.

Pertandingan yang mempertandingkan lapan band itu diacarakan oleh penyampai Hot FM, Tun Nadia.

Penganjuran kali ketiga ini turut mendapat tajaan produk kecantikan Let's Cantik, A Aida Production dan Yayasan Artis 1Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2016 @ 12:41 AM