IHSAN Perbadanan Putrajaya
IHSAN Perbadanan Putrajaya
Nor Shayaumil Qhairil Eemann


Putrajaya: Perbadanan Putrajaya (PPj) cipta rekod dalam Malaysia Book Of Rekod (MBOR) sebagai kumpulan pertama melakukan ‘base jump’ dari belon Helium terikat di Sky Rides Park, Presint 2.

Terjunan dilakukan pasukan Base Jumper Malaysia yang dianggotai seorang kakitangan PPj merangkap ketua terjunan, Adi Khirman Marji, pada ketinggian kira-kira 152 meter dari aras laut.

IHSAN Perbadanan Putrajaya
IHSAN Perbadanan Putrajaya

Presiden PPj, Datuk Seri Hasim Ismail, berkata terjunan diadakan sempena mempromosi Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF) 2016, pada 1-11 Disember ini.

Katanya, ia sebagai simbolik mengingati tokoh Islam ternama, Abbas Ibn Firnas, yang menjadi tokoh Islam pertama mencipta dan merasmikan payung terjun pertama dunia.

"Kejayaan yang dicipta penerjun ini akan membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

"PPj akan terus melaksanakan pelbagai aktiviti untuk membawa nama Putrajaya ke persada antarabangsa," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan terjunan dan penyerahan sijil MBOR, di sini, hari ini.

Sijil pengiktirafan disampaikan oleh Pegawai Pengurus MBOR, Lee Pooi Leng kepada Hasim.

Selain Adi, penerjun lain adalah Mohamed Shamsudin Mohamed Amin, Ahmad Zaharuddin Zainuddin, Kapten A Aziz Ahmad, Nik Kharul Fahmi Nik Bolia: Azlan Ismail, Norazree Ahmad dan Julio Peres Dos Santos.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2016 @ 8:15 PM