GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ardyhansah Amat


Lahad Datu: Lelaki warga Indonesia maut ditetak rakan senegaranya menggunakan parang dalam pergaduhan di Jalan Dam di sini, hari ini.

Dalam kejadian 1.50 pagi itu, mangsa, 28, maut di lokasi kejadian dengan dua tetakan di dada dan leher.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, sebelum kejadian mangsa menaiki motosikal bersama seorang rakannya, 27, dalam perjalanan menuju ke bandar Lahad Datu.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek menahan motosikal mangsa sebelum menetaknya menggunakan parang selepas mereka dikatakan pernah bergaduh sebelum ini.

"Polis berjaya mengesan dan menahan suspek yang juga warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah, 6 pagi tadi," katanya.

Tambah beliau, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 6:56 PM