FOTO Mohd Khidir Zakaria
FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Port Dickson: ‘Paraglider’ dikhuatiri lemas selepas terjatuh di laut sekitar Pantai Telok Kemang, Batu 1, di sini, hari ini.

Pengarah bomba negeri, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan awam, pada 11.07 pagi, mengatakan ternampak `paraglider’ itu terjatuh dalam laut.

Sehubungan itu, katanya, sepasukan anggota dikerahkan mencari di sekitar Pantai Telok Kemang, Batu 1.

“Sehingga ini, kita belum mengenalpasti kesahihan itu dan ia berdasarkan maklumat orang awam.

"Kerja pencarian masih dilakukan dan akan dimaklumkan kemudian," katanya ketika dihubungi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengatakan ternampak payung terjun berwarna jingga terjatuh dalam laut.

Katanya, orang awam memberitahu seorang lelaki melakukan aktiviti payung terjun sebelum terjatuh.

"Polis mengerahkan anggota marin untuk mencari. Turut terbabit pencarian adalah bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), MPPD dan Angkatan Pertahanan Awam (APM)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Oktober 2016 @ 3:22 PM