Sebahagian mesin judi yang dirampas polis dalam Op Dadu. di sekitar Sungai Petani dan Kulim, kelmarin. FOTO ihsan PDRM
Sebahagian mesin judi yang dirampas polis dalam Op Dadu. di sekitar Sungai Petani dan Kulim, kelmarin. FOTO ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi

Alor Setar: Lapan lelaki ditahan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang menyerbu empat premis perjudian di sekitar Sungai Petani dan Kulim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata,Op Dadu itu dijalankan bermula jam 11 malam Sabtu lalu hingga jam 5 pagi kelmarin bertujuan membanteras mesin judi berkomputer diketuai Asisten Superintendan Rosli Hanafi.

Menurutnya, empat premis yang diserbu itu beroperasi di Taman Pekan Baru, Sungai Petani; Taman Desa Aman, Kulim dan Taman Serai Wangi, Kulim, dekat sini.

"Dalam serbuan itu seramai lima lelaki yang juga pengurus dan penjaga premis ditahan bersama tiga pemain mesin judi berusia 20-an hingga 50-an.

"Kita turut merampas 13 set komputer, modem, dua unit mesin judi simulator, wang tunai RM663, kerusi dan meja," katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan hari ini

Mohd Nashir berkata, siasatan lanjut dijalan mengikut Seksyen 4 (B) (a) Akta Rumah Judi Terbuka(ARJT) 1953ke atas penganjur, Seksyen6(2) ARJT 1953 ke atas pemain judi danSeksyen 11(3) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2007 Kedah -kerana melanggar syarat dikenakan ke atas pelesen.

"Polis amat peka dengan gejala perjudian mesin berkomputer haram yang berlaku dan akan meneruskan tindakan pembanterasan secara berterusan," katanya.

caption

Mesin Perjudian yang dirampas polis dalam Op Dadu.

tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 6:10 PM