KAKI judi yang ditahan dalam serbuan. FOTO ihsan PDRM
KAKI judi yang ditahan dalam serbuan. FOTO ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Tindakan 14 lelaki yang sedang leka berjudi di dua premis perjudian mengundang padah apabila mereka ditahan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, awal pagi tadi.

Dalam serbuan pertama pada 1 pagi, 10 lelaki berusia 20-an hingga 40-an ditahan bersama penjaga lelaki di Taman Lagenda, Padang Serai, Kulim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 10 set komputer, satu unit set WiFi dan wang tunai RM322.

Menurutnya, dalam serbuan kedua pada 1.45 pagi, empat lelaki ditahan ketika bermain berjudi bersama seorang penjaga lelaki di Taman Mahsuri, Padang Serai, Kulim.

“Kita turut merampas satu unit WiFi, satu simulator, enam komputer dan wang tunai RM275.

“Mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk siasatan mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2016 @ 10:50 AM