NADYA Syahera.
NADYA Syahera.
Norhayati Nordin

Kalau dilihat penampilannya yang berhijab, bagaikan tidak kena untuk melakonkan watak antagonis. Namun berpegang pada alasan tersendiri, membuatkan pelakon baru Nadya Syahera Rosli, 23, tidak gentar dikecam.

Baginya, bertudung adalah imej dan juga sebahagian saranan agama kepada wanita Islam supaya menutup aurat tetapi pada aspek perangai dan tingkah laku, ia bergantung pada individu itu sendiri.

“Baik atau jahat, siapa yang boleh jangka. Sebagai manusia yang tidak sempurna, baik atau sebaliknya diri kita hanya Yang Maha Esa layak mengadilinya.

“Jadi, apabila memilih lakonan sebagai karier, saya berasakan penampilan berhijab bukan halangan untuk melakonkan watak hitam.

“Saya perlu berani menyahut cabaran dan ternyata watak antagonis dilakonkan berjaya apabila karakter itu dikecam penonton,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2016 @ 5:25 AM