TAKKAN fikir untuk berumah tangga selagi impian belum tercapai.
TAKKAN fikir untuk berumah tangga selagi impian belum tercapai.
Oleh Norhayati Nordin


Meskipun bakat seni Nonny Nadhirah Zainuddin, 26, dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5) pada 2007, rezeki anak jati Kota Kinabalu, Sabah ini lebih terarah kepada lakonan.

Malah Nonny mendapat kepercayaan melakonkan watak antagonis. Drama Dia Isteri Luar Biasa menerusi slot Akasia dan Bidadari (slot Lestary) di TV3 yang disiarkan baru-baru ini menarik perhatian penonton menerusi watak jahat yang dijayakan.

Meskipun sekadar lakonan, sisi kehidupan realiti Nonny tetap murni kerana memiliki impian besar mahu membela nasib keluarganya.

Dia sedar datang daripada keluarga susah dan mahu bekerja keras dalam usaha membina nama sebagai pelakon berjaya untuk memberi kesenangan kepada ibu dan adik-beradiknya di Sabah.

Kata Nonny, dia masih ada impian besar yang belum tercapai iaitu membina rumah yang lebih baik untuk ibu dan adik-beradiknya di kampung. Dia berharap impian itu akan tercapai.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2015 @ 5:03 AM