ANTARA kenderaan yang terbabit. Gambar Facebook/Malaysian Response Team II

Mohd Hafizee Mohd Arop\

Ipoh: Dua belas kenderaan diletak menghalang laluan di sekitar pekan Brinchang, Cameron Highlands, dibocorkan tayar oleh sekumpulan individu yang marah dengan tindakan pemilik.

Dalam kejadian antara 3 pagi hingga 5 pagi kelmarin, semua kenderaan itu dibocorkan tayar dipercayai menggunakan senjata tajam bagi mengeluarkan angin kenderaan yang diletak di kawasan tidak sepatutnya.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, pihaknya sudah menerima dua laporan yang dibuat oleh pemilik kenderaan terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua kenderaan itu dipercayai menghalang laluan sehingga menyebabkan kemarahan penduduk setempat kerana tidak dapat mengeluarkan kenderaan mereka.

"Siasatan masih dijalankan dan tidak mengetahui perbuatan itu dilakukan oleh siapa namun polis menasihatkan pelancong yang datang ke Cameron Highlands supaya meletakkan kenderaan mereka di tempat yang sesuai.

"Polis juga menafikan viral yang kononnya perbuatan itu dilakukan pemilik kedai tayar yang ingin mendapatkan untung dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

Keterangan Gambar:

ANTARA kenderaan yang terbabit. Gambar Facebook/Malaysian Response Team II

tamat///

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 6:50 PM