GAMBAR pengantin baru, Muhammad Shaidi dan Nurnaqiah pada hari perkahwinan mereka, 16 September lalu. Gambar kecil, anak saudara mangsa menunjukkan baju Melayu yang sepatutnya dipakai bapa saudaranya pada majlis Sabtu ini.
GAMBAR pengantin baru, Muhammad Shaidi dan Nurnaqiah pada hari perkahwinan mereka, 16 September lalu. Gambar kecil, anak saudara mangsa menunjukkan baju Melayu yang sepatutnya dipakai bapa saudaranya pada majlis Sabtu ini.
Nur Syazwana Mansor


Pendang: Gurauan manja pengantin baru kepada isterinya ketika berbual di telefon dengan menyatakan ‘mesti hangpa (awak) rindu kamikan’ menjadi kenangan terakhir buat mereka apabila lelaki terbabit meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 74, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Gurun, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.34 pagi, Muhammad Shaidi Che Othman, 27, yang baru melangsungkan perkahwinan 16 September lalu maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang lori yang berhenti di laluan kecemasan untuk meletakkan kon.

Majlis persandingan di pihak lelaki dijangka diadakan Sabtu ini selepas majlis di pihak perempuan berlangsung di Arau, Perlis, 16 September lalu.

Isterinya, Nurnaqiah Mahadzir, 26, berkata, suaminya bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Sungai Petani dan sehari sebelum kejadian, arwah bekerja syif malam dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Banggol Kambing dekat sini, pada hari kejadian.

Menurutnya, mereka belum tinggal bersama memandangkan lokasi tempat kerja berbeza dan merancang untuk tinggal bersama selepas selesai majlis kenduri di rumah suaminya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 8:58 AM