IHSAN Polis Diraja Malaysia
IHSAN Polis Diraja Malaysia
Norizuan Shamsuddin


Kajang: Dua anggota polis cedera apabila motosikal dinaiki bergesel sesama sendiri selepas cuba mengelak anjing melintas di Jalan Saujana Impian Semenyih, di sini, 9.21 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata kejadian membabitkan anggota yang sedang menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Sungai Buloh dan IPD Shah Alam.

Katanya, kejadian berlaku ketika mereka konvoi pulang ke Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, di sini.

"Apabila tiba di lokasi, anjing melintas secara mendadak seorang daripada anggota cuba mengelak tetapi tindakan itu menyebabkan berlaku pergeseran dengan motosikal ditunggang rakannya di belakang.

"Kedua-dua anggota terbabit dihantar ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.

"Difahamkan, anggota berusia 36 tahun dari IPD Shah Alam dilaporkn hanya mengalami kecederaan ringan. Rakannya pula berusia 28 tahun dari IPD Sungai Buloh sedang menunggu untuk di sinar-X," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2016 @ 4:04 PM