Mayat Didi Nazri ditemui pagi tadi. FOTO ihsan APM
Mayat Didi Nazri ditemui pagi tadi. FOTO ihsan APM
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Mayat nelayan berusia 26 tahun yang dikhuatiri lemas selepas hilang di Kelong Sri Pantai, Pontian Besar, awal pagi semalam ditemui pagi tadi.

Sumber Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, mangsa Didi Nazri Jefri ditemui dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.25 pagi.

"Mayat mangsa ditemui berhampiran lokasi kejadian dan berikutan itu operasi SAR ditutup 12 tengah hari," katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Didi Nazril keluar bersama tiga rakan untuk memancing ikan di Kelong Seri Pantai dengan menaiki bot yang dipinjam daripada kenalannya.

Difahamkan, ketika memancing, mereka terkejut apabila bot yang ditambat pada tiang kelong putus dan mangsa bersama rakan terjun ke laut bagi menyelamatkan bot itu daripada terus hanyut.

Bagaimanapun, usaha mereka menyelamatkan bot itu gagal menyebabkan rakan mangsa naik semula ke kelong manakala Didi Nazril hilang dan dipercayai lemas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2016 @ 2:52 PM